Liar VS Ternak Sendiri
Kebiasaannya penternak ikan hiasan memilih untuk mencari dan menangkap makanan hidup seperti kutu air, jentik-jentik, cacing sutera dan sebagainya di habitat liar seperti di kolam kumbahan, sawah dan parit.
Ini kerana di kawasan-kawasan seperti itu, makanan hidup berkenaan biasanya mudah didapati dalam kuantiti yang banyak. Selain itu populasinya agak stabil dan jarang putus.
Menternak sendiri makanan hidup jarang dibuat oleh kebanyakan penternak kerana prosesnya yang agak rumit serta cerewet.
Selain itu, ternakan makanan hidup ini juga mudah mati jika terdapat perubahan yang drastik dan ketara pada parameter air.
Namun demikian, apa yang kurang ambil cakna oleh kebanyakan penternak adalah kandungan nutrisi lebih baik pada makanan hidup yang diternak sendiri berbanding yang ditangkap liar.
Selain itu, makanan hidup yang diternak sendiri rendah risiko membawa jangkitan penyakit berbahaya kepada ternakan ikan hiasan.
---------
Pengenalan
1: Kepentingan Diet Yang Baik Untuk Ikan Hiasan
2: Makanan Hidup VS Makanan Rumusan
3. Liar VS Ternak Sendiri
Pengenalan
1: Kepentingan Diet Yang Baik Untuk Ikan Hiasan
2: Makanan Hidup VS Makanan Rumusan
3. Liar VS Ternak Sendiri


